Ong Che Siang tekad mahu menangi kerusi Tangkak
Calon muda MCA, Ong Che Siang bertekad mahu menangi kerusi N10 Dun Tangkak demi mengembalikan kemakmuran Tangkak sebagai hub ekonomi Johor Utara.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di bangunan MCA Tangkak selepas pertemuan dengan Presiden MCA Dato Seri Wee Ka Siong.
Agak petah berbahasa Melayu, Che Siang juga mengakui beliau masih muda dan mentah dalam berpolitik.
Sebagai anak jati Tangkak, beliau mahu melihat Tangkak kembali meriah dengan pembangunan ekonomi seperti zaman BN dahulu.
Beliau merayu agar diberikan peluang untuk berbakti kepada masyarakat Tangkak dan akan bekerja keras untuk Dun Tangkak.