Gobind menang tetapi tetap nombor 2

 

Gobind Singh Deo mendapat 1,782 undi dalam pemilihan CEC DAP 2022, jauh meninggalkan saingan terdekatnya Anthony Loke Siew Fook.



Rekod cemerlang Gobind dalam mempertahankan kedudukan individu berpengaruh dalam DAP tidak mampu disangkal mana-mana pihak.

Bagaimanapun angka tinggal angka dalam DAP apabila Gobind tidak berjaya merebut jawatan Setiausaha Agung DAP selepas Lim Guan Eng.

Jelas sekali dengan kemenangan agak besar belum tentu menjamin kedudukan tertinggi dalam parti dan itu dialami Gobind sendiri.



Beliau yang hanya menjadi Timbalan Pengerusi DAP walau jauh meninggalkan Lim Guan Eng yang hanya mendapat 1,311 undi.

Sebaliknya Lim Guan Eng meneruskan penguasaan ‘Dinasti Lim’ dalam DAP apabila kini menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan.

Agak pelik individu menang hanya diberikan kedudukan nombor 2 dalam parti dan ini menimbulkan persoalan adakah DAP benar-benar membuka ruang dan peluang kepada kaum lain untuk jawatan tertinggi DAP?



Sebagai sebuah parti yang seringkali mendakwa sebagai ‘multi racial’ adalah tidak wajar sama sekali meminggirkan Gobind daripada mendapat jawatan Setiausaha Agung DAP yang semua tahu amat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.

Pelantikan Anthony Loke sebagai Setiauasaha Agung memberi gambaran negatif dalam perancangan DAP mempromosi parti itu sendiri. Adakah kerana sikap pilih kasih antara kaum hanya membenarkan kaum Cina dilantik sebagai Setiausaha Agung?

Gobind sedang ditertawakan ramai pihak kerana menang tetapi kekal nombor 2 dan terpaksa akur dengan ketetapan parti.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button