Mahkamah Singapura tolak rayuan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati
Sebuah mahkamah Singapura hari ini menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang rakyat Malaysia yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah setelah menolak hujah dikemukakan pasukan peguamnya bahawa dia harus dikecualikan daripada hukuman atas kecacatan mentalnya.
Nagaenthran K Dharmalingam dijatuhi hukuman mati lebih sedekad lalu kerana mengedar kira-kira 42.7g heroin ke Singapura yang mempunyai undang-undang narkotik antara paling tegas di dunia.
Dia membuat rayuan atas alasan kecacatan mental dan peguamnya dalam perbicaraan sebelum ini meminta masa untuk mengatur penilaian psikiatri bebas.
Mahkamah sebelum ini berkata, Dharmalingam tahu apa yang dilakukannya apabila melakukan jenayah tersebut.
Nasibnya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa dengan sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan hartawan British Richard Branson turut menyertai gesaan perdana menteri Malaysia dan aktivis hak asasi manusia agar Singapura meringankan hukuman tersebut.
Free Malaysia Today