Brazil ‘ada lebih masa’ hadapi Serbia

(Dari kiri) Ketua jurulatih Switzsrland, Murat Yakin, Tite dari Brazil dan Rigobert Song dari Cameroon ketika undian Piala Dunia 2022 di Doha, Qatar. - EPA

DOHA: Jurulatih Brazil, Tite berkata dia gembira pasukannya diletakkan dalam Kumpulan G selepas majlis undian Piala Dunia di Doha kerana ia memberikannya lebih masa untuk mereka bersedia.

Piala Dunia akan bermula 21 November dengan tuan rumah, Qatar akan menentang Ecuador.

Perlawanan pertama Brazil akan berlangsung tiga hari kemudian bertemu Serbia sebelum berdepan Switzerland dan Cameroon.



“Bila-bila anda ada masa bersama pemain, dalam latihan, ia memberi kelebihan,” kata Tite.

Selalunya dikatakan lebih baik memulakan kejohanan lebih awal kerana ia memberikan pasukan lebih masa permainan dan meneruskan kemaraan.

Di atas kertas, juara lima kali, Brazil dilihat sebagai pilihan namun Tite menyatakan bahawa lawan mereka sudah berada di depan berbanding lawan ‘heavyweights’ lain.

“Kita bercakap mengenai tersingkirnya Itali dan Portugal di tangan Switzerland dan Serbia” masing-masing dalam peringkat kumpulan Eropah dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik,” kata Tite kepada SportTV dari Doha.



Portugal bagaimanapun berjaya mara ke Piala Dunia selepas menang playoff menentang Macedonia Utara yang mengejutkan Itali pada pusingan sebelumnya.

“Dan kami juga akan berdepan Cameroon yang sangat kuat di Afrika,” kata Tite.

“Saya melihat Switzerland bermain, mereka bermain selepas kami ketika kelayakan. Ia berdepan Itali, mereka 1-0 di depan dan hampir menjadikan 2-0 tetapi akhirnya seri.

“Mereka pasukan berkelas dunia, ia tahap yang tinggi jadi kami juga perlu bermain pada tahap yang tinggi.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button