Torres selamatkan Barcelona, West Ham diikat Lyon
FRANKFURT: Gol penyamaan babak kedua oleh Ferran Torres menyelamatkan Barcelona sebentar tadi apabila gergasi Sepanyol itu diikat 1-1 oleh Eintracht Frankfurt yang bermain 10 orang pada suku akhir Liga Europa.
Frankfurt yang terpaksa bermain 10 orang selepas pertahanan Brazil, Tuta dibuang padang kerana melakukan kekasaran, mendahului apabila Ansgar Knauff meledak ke penjuru gawang pada awal babak kedua.
Bagaimanapun Barcelona bangkit apabila Torres menjaringkan gol penyamaan selepas bergandingan dengan Frenkie de Jong pada minit ke-66.
Pusingan kedua akan berlangsung di Camp Nou awal pagi Jumaat depan.
Sementara itu, Jarrod Bowen mencipta gol buat West Ham yang seri 1-1 di laman sendiri berdepan Lyon selepas Aaron Cresswell dibuang padang sebelum tamat separuh masa pertama kerana kekasaran terhadap Moussa Dembele.
West Ham, yang bermain pada suku akhir aksi di Eropah pertama kali dalam 41 tahun, mendahului pada minit ke-52 apabila Bowen meledak gol selepas kesilapan Jerome Boateng.
Tanguy Ndombele yang dipinjam dari Tottenham, menyamakan kedudukan buat Lyon 14 minit kemudian.
Di Portugal, Abel Ruiz meledak pada minit ke-40 ketika Braga menewaskan Rangers 1-0.
Gol sendiri Davide Zappacosta pula membolehkan RB Leipzig seri 1-1 di laman sendiri ketika berdepan Atalanta.
AFP