Anak Amar Baharin, Amyra Rosli dijangkiti Kawasaki

Kuala Lumpur: Anak kedua pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Ayra Aryssa, 2, dijangkiti penyakit Kawasaki dan ditahan di sebuah pusat perubatan, di sini, sejak Selasa lalu.

Penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Amar, 37, berkata, anaknya mula demam panas sebelum simptom penyakit itu mula menyerang ke seluruh badan termasuk muka.



“Pada Selasa, adik (Ayra) demam panas dan terus bawa ke hospital. Hingga semalam pun suhu badan masih panas. Kesan jangkitan mulai naik di badan pada Rabu. Sekarang sudah satu badan sampai muka. Kami dapat rasa dia sedang menahan kesakitan.

“Dia tak nangis, tapi nampak dia tak selesa dan serba tak kena,” katanya kepada Harian Metro.

Amar berkata, punca penyakit yang menimpa anaknya itu belum dikenalpasti.

“Penyakit ini bukan normal, tapi sangat jarang berlaku. Tak pasti punca macam mana boleh berlaku. Sekarang ini setiap hari jururawat ambil darah. Doktor pun tak cakap apa lagi bila boleh sembuh. Hari ini buat akan buat ujian electrocardiogram (ECG),” katanya.



Sementara itu, Amyra menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai keadaan terkini anaknya.

“Ya ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kesian dia.

“Saya baca semua mesej (DM) dan komen anda tapi tak berkesempatan nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti saya balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button