Geng ‘ADC’ dianggotai adik-beradik, kekasih tumpas

MELAKA – Kumpulan penyamun digelar ‘Geng ADC’ yang dianggotai tujuh suspek termasuk dua beradik dan kekasih tumpas selepas kesemua mereka diberkas dalam serbuan berasingan sehingga semalam.

Kesemua empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 43 tahun itu diberkas dalam enam siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur serta Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam tempoh dua hari iaitu pada 6 dan 7 Mac, kumpulan itu dipercayai telah melakukan pecah rumah, ceroboh serta melarikan kenderaan di kawasan Melaka Tengah melibatkan kerugian RM245,100.



“Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah telah menubuhkan satu pasukan khas dan kita berjaya mengesan tujuh ahli kumpulan Geng ADC termasuk ketua kumpulan bernama Adib berusia 32 tahun.

“Kesemua empat lelaki dan tiga wanita berjaya diberkas dalam enam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur serta Johor Bahru bermula 7 Mac sehingga semalam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Christopher berkata, penahan kumpulan itu berjaya menyelesaikan enam kes di Melaka dan beberapa kes di negeri lain membabitkan rampasan tiga buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier, sebuah Perodua Myvi dan Volkswagen Passat.

KOSMO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button