Kematian 8 remaja terbela, kerani dihukum penjara dan denda

8 remaja maut
kejadian 8 remaja maut dilanggar kerani

 

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.



Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kes berkenaan berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button