Farizal Marlias beransur pulih

Kuala Lumpur: Keadaan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias semakin baik dan menzahirkan ucapan terima kasih di atas doa yang diberikan.

Malah, berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman sosial miliknya, dia dilihat sudah boleh duduk sambil berkongsi senyuman disamping keluarga tersayang.

Jelas Farizal, dia amat terharu dengan sokongan yang diberikan peminat bola sepak tempatan termasuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat sentiasa berada di sisi Farizal sepanjang penjaga gol kebangsaan itu mendapatkan rawatan di hospital.

“Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Terima kasih kepada yang mendoakan saya terutamanya keluarga, peminat dan penyokong bola sepak tanah air, JDT ‘family’ dan juga pada seseorang yang sentiasa ada bersama TMJ,” tulisnya di laman Story Instagramnya .

Sebelum ini, Farizal mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang gerakan serangan yang dilakukan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

Hasil daripada pertembungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.



Dalam aksi itu, JDT berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat aksi Liga Super setakat ini apabila menewaskan Terengganu FC yang menyaksikan Bergson meledak kedua-dua gol itu, sementara Kpah Sherman meraih gol saguhati buat pelawat.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button