Isteri Melutut & Menangis Minta Ampun Lepas Kantoi Curang Ketika Suami Solat Tarawih Di Masjid

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita menangis sambil melutut di hadapan si suami. Difahamkan, wanita terbabit sanggup berbuat demikian selepas dirinya kantoi berlaku curang.

Memetik laporan Sosok Grid, si isteri yang berasal dari Indonesia ini dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ketiadaan si suami di rumah. Menurut sumber, pada malam kejadian, si suami telah ke masjid untuk mendirikan solat tarawih. Namun siapa sangka, sepanjang ketiadaannya, si isteri dipercayai tergamak membawa lelaki lain ke rumahnya.

Perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas si suami pulang dari masjid. Menerusi video yang dikongsikan, wanita terbabit dilihat menangis dan melutut di hadapan suaminya. Bukan itu sahaja, tindakan wanita itu seolah-olah sedang meminta belas ihsan sambil memohon keampunan daripada si suami atas perbuatannya itu.



 

 

 

Menurut sumber tempatan, seorang lagi lelaki yang memakai t-shirt berwarna hijau sambil sedang mencangkung di belakang wanita terbabit dipercayai merupakan kekasih gelapnya.



ohbulan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading