Jersi Maradona dilelong bermula RM22 juta

NEW YORK: Lelongan jersi dipakai Diego Maradona ketika dia dua kali menjaringkan gol berdepan England pada Piala Dunia 1986 termasuk jaringan popular “Tangan Tuhan” bermula hari ini dengan tawaran melebihi $5 juta (RM21.41 juta).

Sotheby menjual jersi biru Argentina bernombor 10 secara dalam talian hingga 4 Mei.

Beberapa jam selepas bidaan dibuka, laman sesawang itu menunjukkan tawaran pertama £4 juta (RM22.39 juta) – menyamai tawaran harga terendah dijangkakan syarikat lelongan itu.



Ia dijangka akan mencatat rekod baharu bagi lelongan jersi bola sepak.

Rekod untuk jersi dipakai dalam mana-mana sukan ialah $5.6 juta (RM23.98 juta) dicipta pada 2019 bagi jersi milik Babe Ruth ketika mewakili New York Yankees.- AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button