PSG makin hampir juarai Ligue 1

Paris: Paris St Germain semakin hampir menjuarai gelaran Perancis ke-10 selepas jaringan Kylian Mbappe, Sergio Ramos dan Marquinhos membolehkan mereka menang 3-0 di Anger dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan PSG selaku pendahulu dengan 77 mata manakala Olympique de Marseille di tangga kedua yang menewaskan Nantes 3-2 ketinggalan 15 mata dengan berbaki lima perlawanan.

Jika PSG tidak tewas di Parc des Princes ketika menentang RC Lens pada Sabtu ini, mereka akan bergelar juara sekali gus yang ke-10 menyamai rekod St Etienne yang menjuarainya antara 1957 and 1981.



Stade Rennais berada di tangga ketiga dengan 56 mata selepas tewas 1-2 di Racing Strasbourg yang kini di tangga keempat berdasarkan perbezaan jaringan.

Turut mengumpul 56 mata ialah pasukan di tangga kelima, Monaco yang menewaskan Nice 1-0 di tempat sendiri.

Dua pasukan teratas layak automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara manakala pasukan di tangga ketiga beraksi di pusingan ketiga kelayakan.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading