Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau ketika menyumpit

Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau ketika menyumpit

Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau ketika menyumpit
Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau ketika menyumpit

GUA MUSANG: Seorang pemuda Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Sugi dekat Pos Pasik di sini, maut dipercayai akibat dibaham harimau ketika keluar menyumpit pada Selasa lalu.

Mayat Pisie Amud, 25, ditemui penduduk kampung semalam dengan cakaran haiwan liar itu di kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman, berkata dia dimaklumkan pemuda dari kampung terbabit tidak pulang selepas keluar menyumpit pada Selasa lalu.



Katanya, dua orang kampung keluar mencari di atas bukit Kampung Perwer yang bersempadan dengan ladang kepala sawit dan menemui motosikal mangsa serta peralatan menyumpit selain kesan tapak kaki harimau.

“Mereka pulang dan memaklumkan penemuan terbabit. Kira-kira jam 6 petang saya bersama 10 orang penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian.

“Bermula dari kesan tapak harimau terbabit saya bersama tiga penduduk menjejaki sejauh 500 meter dan bertemu mayat mangsa.

“Mayat mangsa ditemui dengan kesan cakaran pada bahagian kepada, badan dan sebelah kaki kirinya sudah hilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Mohd Sani berkata, bermula jam 9 malam semalam, mereka mula berkawal ditempat penemuan mayat terbabit.

“Seramai 20 orang penduduk bergilir-gilir menjaga mayat mangsa sehingga pihak berwajib datang untuk mengambilnya. Kira-kira jam 4 pagi tadi harimau belang itu datang kembali mungkin untuk mengambil mayat mangsa.

“Orang Asli yang berkumpul membuat bising dan memasang mercun untuk menghalau harimau terbabit, walaupun ia dapat menjarakkan haiwan liar itu, namun masih kelihatan ia berkeliaran di kawasan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima makluman kejadian yang berlaku di Pos Pasik itu.



“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan dilakukan pada pagi ini,” katanya.

Pemuda Orang Asli maut dibaham harimau ketika menyumpit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button