­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.

Oleh Adam Malik

Dalam satu cubaan menguji pendapat umum , sebuah portal telah memulakan ‘gossip’ konon nya Tun Mahathir akan menjadi calon kerusi PAS di Kemaman Terengganu.

Walaupun cadangan ini  perkara mustahil dan tidak masuk akal, keranas Mahathir sudah pun menjadi ‘De-facto leader’ kepada semua pemimpin dalam Perikatan Nasional , namun pihak pihak ini teruskan juga khabar angin ini.



Maka, disebarkan dan diviral  oleh pihak pihak lain lalu terus menjadi bualan netizen.

Kepada pihak yang ‘unsuspecting’ bahawa ini sekadar ‘test water’ sahaja , keputusan nya amat nyata dan jelas.

Banyak pihak memberi kecaman dan kritikan.

Ia sangat jelas mesej bahawa Mahathir adalah orang tidak popular dan dibenci oleh rakyat.



PAS dikecam antara nya dikatakan mengutip sampah yang dibuang oleh rakyat.

Mahathir Pemimpin hilang deposit dan ditolak oleh orang Melayu  dan bukan melayu.

Hanya pemimpin PAS sahaja yang sanjung Tun Mahathir kerana berhutang sesuatu kepada Mahathir.

Ahli ahli bahawan PAS sekadar biri biri yang wala dan ikut sahaja apa kepimpinan PAS lakukan kerana khuatir digelar ahli neraka kerana melawan pemimpin PAS.



Kebanyakan Tindakan kepimpinan PAS dilakukan tanpa melalui restu ahli bawahan.

Ini termasuk pemimpin “top 5” PAS melawan kehendak Majlis Syura Ketika memilih Parti BERSATU dan menolak UMNO.

Kembali kepada isu diatas, jika motif cadangan Mahathir calon kerusi Kemaman sekadar hendak melihat respon, maka sudah jelaslah respon ramai adalah tidak menyukai Mahathir.

Kerana isu ini menjejas nama PAS lalu MB Terengganu, merangkap Naib Presiden PAS dan salah seorang ‘Top 5’ terpaksa menafikan nya.



 

Ahmad Samasuri segera memberi kenyataan bahawa tidak benar PAS mahu meletak Mahathir sebagai calon.

Tindakan ‘damage control’ dari Ahmad Samsuri dibuat supaya PAS tidak terus dilihat sudah dikuasai oleh Mahathir seperti persepsi yang di andai oleh rakyat.



Mungkin, semua ini sekadar khabar angin politik namun, kebencian rakyat terhadap Mahathir bukan khabar angin, ia satu kenyataan.

PAS bersama Mahathir hanya lah berada dalam kedudukan ‘marriage of convenence’ sahaja dan permuafakatan untuk ‘political survival’ masing masing yang sedang dibelenggu banyak masalah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button