Liverpool merapatkan jurang dengan Manchester City

London: Liverpool merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City kepada hanya satu mata apabila pasukan memburu empat gelaran untuk menolak Everton ke zon penyingkiran dengan kemenangan 2-0, malam tadi.

Anak buah Jurgen Klopp terpaksa bekerja keras untuk menewaskan tembok kebal Everton pada pertembungan Merseyside derby di Anfield.

Mereka tidak mampu membuat satu percubaan ke sasaran sehinggalah pemain pertahanan Scotland, Andrew Robertson menanduk masuk gol pendahuluan pada babak kedua.



Jaringan lewat pemain gantian, Divock Origi memastikan Liverpool terus menekan juara bertahan, City, yang membelasah Watford, 5-1 pada perlawanan Sabtu lalu.

Pada ketika berbaki lima lagi perlawanan buat Liverpool dan City, perebutan gelaran jelas semakin hangat.

Liverpool berusaha menjadi kelab Inggeris pertama menang empat trofi utama dalam semusim, kini mengalih perhatian untuk

aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Villarreal, Rabu ini.



“Perlawanan bola sepak memiliki dua babak, terima kasih tuhan. Pada separuh masa pertama, kami tidak membuat hantaran dengan baik dan ketika rehat, saya beritahu pemain supaya terus meningkat. Kami perlu bekerja keras untuk itu, tetapi semuanya baik,” kata Klopp.

“Kami tidak boleh tercicir banyak mata, satu lagi sentiasa menunggu. Inilah situasi kami sekarang.”

Everton tewas perlawanan kelapan di tempat lawan berturut-turut kali pertama sejak 1948 dan berdepan bahaya tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Anak buah Frank Lampard terperosok ke zon penyingkiran selepas Burnley menang 1-0 ke atas Wolves pada perlawanan lebih awal.



Mereka kini ketinggalan dua mata di belakang Burnley dengan kelebihan satu perlawanan dan berusaha mengelak tersingkir kali pertama sejak 1954.

“Rancangan perlawanan diakui bahawa lawan adalah satu pasukan terbaik di dunia. Kami mahu berdisiplin. Jika kami dapat gol pertama, situasi perlawanan akan berubah,” kata Lampard.

METRO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button