Dakwaan raya awal ‘Palsu’

KUALA LUMPUR: Balai Cerapan Al-Khawarizmi hari ini menafikan bahawa sambutan Aidilfitri akan disambut pada 2 Mei atau Isnin depan, seperti tular sejak pagi tadi.

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.

Katanya, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).



“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi yang sudah ditetapkan di seluruh Malaysia dan hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.

Orang ramai hari ini mula berkongsi tangkap layar perkongsian yang mendakwa sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan disambut sehari lebih awal iaitu pada Isnin depan, berbeza dari kalendar yang ditetapkan.

Ia turut meminta orang ramai melakukan persediaan untuk mengelakkan sebarang kejadian panik jika sambutan perayaan itu disambut lebih awal.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button