Teman Wanita Kantoi Curang

Kesetiaan dan kejujuran antara elemen yang penting dalam mengekalkan sesebuah perhubungan itu. Bagaimanapun, jika munculnya orang ketiga ianya secara tidak langsung dapat menyebabkan perhubungan tersebut terkandas di pertengahan jalan.

Meraih lebih 1.6 juta tontonan, video pendek dikongsi seorang pemuda yang menceritakan kekasih kepada kawannya yang dipercayai berlaku curang tular di laman TikTok. Menerusi video pendek dikongsi, memaparkan seorang lelaki yang melihat lokasi teman wanitanya dan alangkah terkejutya dia apabila melihat kelibat kekasih hati berjalan bersama seorang lelaki lain di hadapan sebuah kafe.

Curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan.



Tidak membuang masa, lelaki ini bertindak membuat panggilan kepada teman wanitanya dan bertanyakan akan keberadaannya ketika itu. Namun, jawapan yang diberikan oleh gadis ini seolah-olah tidak mengaku dia bersama lelaki lain dan menjelaskan sedang berada di rumah sibuk membantu ibunya.

Hello sayang, awak dekat mana?

Dekat rumah ini, tengah tolong mak cousin datang rumah. Ramai, betul serious.



Di hujung video tersebut, dapat dilihat riak wajah lelaki ini yang begitu kecewa dengan tindakan kekasih hatinya yang dipercayai berlaku curang di belakangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada lelaki ini supaya terus cekal dan dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading