Remaja hilang selepas keluar solat Subuh

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke masjid untuk menunaikan solat Subuh, di kawasan kediamannya di Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini, pagi Ahad lalu.

Muhammad Al Muizz Almawardi, tidak pulang ke rumahnya selepas keluar menunaikan solat Subuh di Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumahnya pada jam 5.45 pagi dan tidak pulang selepas keluar ke masjid.



“Remaja itu memakai kemeja T lengan panjang warna hitam, berseluar hitam dan membawa beg galas warna coklat.

“Pihak polis menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu diminta menyalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Shahrizal Ishak Sawi di talian 019-3637813 atau hotline Polis Cheras 03-92845050/5051 dan hotline Polis KL 03-21559999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading