‘Dah Kurangkan Mas Kahwin Pun Tak Datang’
Hari perkahwinan umpama detik bersejarah yang paling dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai untuk mengikat hubungan cinta ke peringkat yang lebih rasmi. Tak dinafikan, pelbagai persiapan serta persediaan awal telah dilakukan oleh kedua pasangan dan ahli keluarga sebelum menempuhi hari bersejarah itu.
Tetapi kali ini berbeza pula dengan nasib yang dilalui oleh wanita ini apabila bakal suaminya dikatakan ‘menghilangkan diri’ pada majlis pernikahan.
Memetik laporan Surabaya Kompas, pengantin perempuan yang berusia 22 tahun itu sanggup berada di atas pelamin sendirian sambil menunggu kehadiran bakal suami tercinta ke majlis pernikahan mereka. Namun penantiannya dari pagi hingga ke malam hanyalah sia-sia kerana pengantin lelaki yang dikenali dengan nama Gandy langsung tidak muncul dan hilang tanpa khabar berita.
Bapa saudara pengantin perempuan iaitu Ardi mendakwa tindakan Gandy telah memalukan nama baik keluarganya lebih-lebih lagi apabila kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan kepada hampir 1000 tetamu.
Kedua ibu bapa Gandy saya paksa hadir ke resepsi pernikahan walaupun pengantin lelaki tiada di majlis tersebut.
Kurangkan mas kahwin
Difahamkan, tiga hari sebelum Gandy menghilangkan diri, dia ada mempersoalkan mengenai jumlah mas kahwin yang dipersetujui sedangkan Gandy sendiri merupakan individu yang mengusulkan mas kahwin yang berjumlah 2 juta rupiah bersamaan RM600 serta satu set perhiasan.
Namun setelah berbincang, pihak perempuan menemui kata sepakat dan bersetuju untuk mengurangkan mas kahwin dari 2 juta rupiah (RM600) kepada 200,000 rupiah (RM60) tanpa perhiasan.
Kami mengalah kerana majlis tinggal lagi tiga hari, undangan pun sudah diedarkan kepada tetamu, persiapan sudah siap.
Tetapi lain pula yang jadinya apabila Gandy tidak hadir ke majlis tersebut meskipun jumlah mas kahwin sudah dikurangkan. Berikutan daripada itu, kedua-dua keluarga bersetuju untuk sama-sama tanggung kos majlis perkahwinan tersebut.
Surabaya Kompas