Wanita Tergamak Bunuh Anak 3 Tahun

Semarang, Jawa Tengah – Seorang kanak-kanak lelaki, 3, dilaporkan maut selepas ditekup oleh ibunya sendiri ketika sedang tidur di sebuah hotel di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Menerusi laporan Tribun News, suspek dipercayai terdesak melakukan perbuatan tersebut berikutan terperangkap dengan pinjaman dalam talian dan menggunakan wang simpanan keluarga bagi membayar pinjaman yang dibuat.

Susulan menerima teguran daripada suaminya, wanita dikenali sebagai RS dipercayai cuba membunuh diri bersama anaknya di dalam sebuah hotel pada Selasa yang lalu.



Apa yang lebih meruntun hati, apabila kanak-kanak tidak berdosa itu ditemui tidak sedarkan diri sambil memegang sebuah kereta mainan pada tangan kanannya. Selepas daripada itu, wanita ini cuba membunuh diri dengan melilitkan tuala pada bahagian lehernya serta minum air sabun. Namun, cubaan tersebut sama sekali tidak berhasil.

Difahamkan wang yang digunakan oleh suspek adalah untuk membayar hutangnya sebelum ditegur oleh suaminya berikutan menggunakan wang simpanan keluarga mereka. Susulan daripada itu, suspek bertindak melarikan diri bersama anak lelakinya ke sebuah hotel.

Suspek takut kerana menggunakan wang tanpa pengetahuan suami sebanyak Rp 38 juta (anggaran RM1,437.49) Suaminya terkejut apabila wang dalam akaun Rp 39 juta hanya tinggal Rp 1 juta. 

Tribun News



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button