Newcastle musnahkan impian Arsenal

NEWCASTLE, United Kingdom: Mikel Arteta mengecam pasukannya Arsenal kerana mensia-siakan usaha sepanjang tahun apabila tewas 2-0 di tangan Newcastle yang dilihat akan menyaksikan Gunners terlepas peluang ke Liga Juara-Juara buat enam musim berturut-turut.

Tottenham kekal dua mata di atas pencabar utara London itu di tangga keempat Liga Perdana.

Spurs kini hanya memerlukan seri berdepan pasukan yang sudah tersingkir, Norwich pada Ahad untuk mengesahkan kedudukan empat teratas ditambah perbezaan gol yang lebih memihak mereka.



Kekalahan Arsenal juga memastikan tempat ketiga buat Chelsea yang akan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Gol sendiri Ben White dan jaringan lewat permainan Bruno Guimaraes menentukan keputusan pertemuan kedua-dua pasukan.

Namun persembahan Newcastle lebih menyerlah ketika skuad Eddie Howe menghantar mesej bahawa mereka boleh mencabar untuk kedudukan empat teratas musim depan.

“Malam yang sukar untuk ditelan,” kata Arteta. “Newcastle berhak menang dengan selesa. Mereka jauh lebih baik daripada minit pertama, kami tiada peluang dalam perlawanan.



“Mereka jauh lebih baik daripada kami dalam semua diperlukan perlawanan bola sepak. Kami tidak mampu melawan malam ini.”

Skuad Arteta berada di petak depan berbaki tiga perlawanan apabila mereka mendahului Spurs dengan tiga mata.

Namun kemenangan 3-0 Tottenham pada Khamis memberikan tekanan terhadap pasukan muda Gunners yang gagal membalas.

“Newcastle 10 kali lebih baik daripada kami dan persembahan kami jauh daripada sepatutnya kami persembahankan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara,” kata Arteta. “Kami tidak berada dalam perlumbaan.”



Hanya Manchester City dan Liverpool menang lebih banyak mata dalam Liga Perdana berbanding Magpies pada 2022 sejak mereka melabur wang milik Arab Saudi dalam pasaran perpindahan.

Lebih banyak pemain mahal dijangka akan tiba di St. James’ Park selepas ini namun pendekatan berjimat Arsenal dalam pasaran perpindahan mungkin sekali lagi menyebabkan mereka gagal ke Liga Juara-Juara.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button