“Jangan gunting rambut awak” – tukang gunting rambut
Kejadian berlaku di sebuah kedai gunting rambut Gombak. Seorang lelaki dikenali sebagai Izman merasakan rambutnya telah terlalu panjang akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
Izman kemudian mengambil keputusan untuk memotong rambut selepas kerajaan melonggarkan SOP melibatkan kedai gunting rambut.
Melihat sebuah kedai yang selesa, Izman mengambil keputusan memilih kedai gunting milik seorang anak muda.
Izman masuk kedai lantas disapa pemilik kedai bernama Benu.
“dik,gunting macam biasa ye..asal saya selesa” – kata Izman.
Benu menjawap dengan serius – “bang…saya rasa abang jangan gunting rambut abang”
“kenapa pula? dah panjang ni” – Izman
“rambut abang elok…yang kena ubah tu muka abang..buruk sangat” – Benu
Jangan marah ye..jangan stress.