Anak rindu arwah Abam
Sudah hampir dua tahun pemergian seorang anak seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang dirasai segenap anggota masyarakat terutamanya anak dan isteri arwah.
Anak rindu arwah Abam
Namun baru-baru ini, isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali ada berkongsi satu video yang cukup menyentuh hati dan mengundang sebak orang ramai. Menerusi video tersebut memaparkan aksi spontan anak arwah iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang memegang erat sebuah frame gambar.
Namun, keadaan mula bertukar sebak selepas mengetahui gambar yang didakapnya itu rupanya wajah Allahyarham Abam. Lebih menyentuh hati apabila sesekali melihat anak kecil ini sempat mengucup gambar bapa tercinta. Hamzah juga sering memanggil-manggil ‘Ayah’ (gelaran buat Abam) setiap kali melihat gambar tersebut.
Kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah. Hamzah sayang ayah sentiasa doakan ayah. Al-fatihah suami ku sayang Syed Umar Mokhtar.
Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 260k tontonan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut menzahirkan rasa sebak selepas melihat perkongsian itu. Mereka juga sempat menitipkan doa agar Hidayah diberi kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anaknya, Hamzah.
Video
@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis
Hidayah_Hamzah