‘Saya Nak Kahwin & Saya Terima Poligami’
Sudah menjadi lumrah, setiap manusia di muka bumi ini pasti mempunyai keinginan untuk hidup berpasangan. Dalam mencari pasangan hidup, usaha itu sesuatu yang penting kerana jodoh tidak datang bergolek.
Itulah yang dilakukan seorang wanita ini apabila dia sanggup mengelilingi bandar sambil membawa sepanduk semata-mata mahu mencari teman hidupnya.
Cari jodoh dekat lampu isyarat
Menerusi foto yang viral di media sosial memaparkan seorang wanita yang mengenakan hijab berwarna merah jambu sedang berdiri di sebelah lampu isyarat sambil memegang sepanduk. Bukan itu sahaja, wanita yanag berasal dari Sudan ini juga dikatakan sanggup mengelilingi bandar Khartoum untuk mencari jodoh.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah ayat yang ditulis di atas sepanduk tersebut yang memberi ‘hint’ bahawa dia ingin berkahwin dan tidak kisah untuk hidup berpoligami.
Saya mahukan pengantin lelaki. Saya nak kahwin. Saya terima poligami.
Selain meluahkan keinginannya untuk berkahwin, wanita ini turut menulis nombor telefon bimbitnya di bahagian bawah sepanduk tersebut. Difahamkan, gambar wanita ini yang diambil oleh penduduk tempatan telah dimuat naik di media sosial sebelum ianya menjadi viral. Tindakan wanita ini telah menjadi penduduk tempatan di bandar tersebut dan netizen yang akui mengagumi keberanian wanita ini.
Gulf News