Doktor Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir
Seorang lelaki warga emas di London, England dikejarkan ke hospital selepas sebuah bebola pembersih permaidani tersekat di dalam lubang duburnya, memaksa doktor menggunakan gerudi elektrik bagi mengeluarkan objek tersebut.
Masukkan bola untuk rawat buasir
Memetik laporan Daily Star, lelaki Britain berusia 51 tahun itu dibawa ke hospital selepas gagal mengeluarkan bebola berdiameter antara 7 hingga 8 sentimeter itu dengan sendiri. Dia dan isteri telah cuba untuk mengeluarkan bebola itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu.
Mangsa dan isterinya memberitahu doktor bahawa bebola tersebut dimasukkan ke dalam lubang duburnya dua hari sebelum, bagi merawat masalah buasir. Namun, doktor gagal menemukan sebarang bukti bahawa warga emas itu menghidap penyakit buasir.
Disebabkan dimensi bebola itu yang lebih lebar berbanding bukaan pelvik lelaki tersebut, proses mengeluarkannya menjadi amat sukar. Percubaan pertama dan kedua dilakukan dengan membuka lapisan dinding perut selapis demi selapis untuk menolak bebola turun ke bawah menerusi rektum, namun gagal.
Akhirnya, doktor tidak mempunyai pilihan lain selain memotong bebola itu sebelum mengeluarkannya. Perkara itu dilakukan dengan menggunakan gerudi elektrik bagi memotong bebola itu kepada tiga bahagian, dan pembedahan selama tujuh jam itu berjaya.
Pesakit berkenaan menyuarakan rasa kesal dan tidak akan mengulangi perbuatannya.
Daily Star