Maut ditembak di depan restoran

Sungai Petani: Seorang lelaki maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada 12.38 tengah hari dengan mangsa dikatakan ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Menurut sumber, mangsa yang ditembak jatuh berhampiran kenderaan pelbagai guna (MPV) putih miliknya.



“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti motif kejadian.

“Kita juga masih menjalankan siasatan sama ada kejadian ini mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya.

Setakat ini, sepasukan anggota unit forensik polis masih melakukan siasatan di lokasi.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading