Salah dinobat pemain terbaik PFA

London: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) buat kali kedua manakala Sam Kerr menerima anugerah untuk pemain wanita.

Salah yang berkongsi anugerah kasut emas Liga Perdana Inggeris musim ini untuk penjaring terbanyak bersama pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min, turut memenangi anugerah itu pada musim 2017-18.

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool dan membantu mereka memenangi Piala Liga dan Piala FA.



“Kemenangan ini sangat berharga untuk dimenangi terutamanya kerana ia diundi oleh pemain. Ia menunjukkan anda sudah bekerja sangat keras dan mendapat apa yang anda usahakan.

“Saya mempunyai bilik yang menyimpan trofi di dalam kabinet dan akan pastikan mempunyai ruang lagi untuk trofi terbaru ini. Saya sentiasa menyediakan ruang dan cuba membayangkan akan memenangi trofi lagi,” kata Salah.

Kerr, yang menjaringkan gol terbanyak dalam Liga Super Wanita musim ini bersama Chelsea, menjadi pemain Australia pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Pemain PFA.

“Saya rasa ia satu penghormatan besar apabila setiap kali anda diundi oleh rakan sebaya anda,” kata Kerr.



Phil Foden dari Manchester City dan Lauren Hemp kekal memenangi trofi selaku Pemain Muda Terbaik manakala bekas jurulatih England, Roy Hodgson dan pengurus Wanita Brighton & Hove Albion, Hope Powell menerima anugerah merit atas sumbangan mereka dalam bola sepak.

“Saya tidak pernah memenangi sebarang trofi sebagai pemain, jadi ia sesuatu yang bagus untuk diiktiraf oleh rakan profesional,” kata Hodgson, yang mengumumkan persaraannya bulan lalu selepas lebih 40 tahun dalam pengurusan pasukan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button