Syed Saddiq terima wang dana UKSB dari Muhyiddin?
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah atas beberapa pertuduhan termasuk menyalahgunakan wang sumbangan kempen PRU14.
Syed Saddiq pada tarikh yang disebut di Mahkamah merupakan Ketua ARMADA, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dalam sebutan di Mahkamah, Saddiq didakwa telah memohon dana politik dari parti. Beliau menafikan perkara tersebut namun hasil ekstrak forensik mendedahkan perbualan Saddiq bersama beberapa ahli parti.
Dalam perbualan hasil forensik yang dibuat SPRM menerusi telefon Penolong Bendahari ARMADA, Syed Saddiq dikatakan berbincang mengenai alasan untuk diberikan kepada media bagi menutup mulut masyarakat dari bercakap soal wang membabitkan dirinya.
Syed Saddiq juga didakwa memindahkan wang sebanyak RM50,000 dari akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera yang juga dimiliki beliau.
Selin itu, Saddiq turut didakwa pecah amanah sebanyak RM1 juta dan menyalahgunakan wang sebanyak RM120,000.
DANA DITERIMA SYED SADDIQ JUGA DARI UKSB?
Persoalan yang timbul, adakah Syed Saddiq turut menerima wang dana dari UKSB yang diterima Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Muhyiddin didedahkan menerima dana politik dari UKSB berjumlah RM1.3 juta daripada David Tan antara Jun dan Ogos 2018.
Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan tersebut namun tidak mengambil tindakan terhadap saksi yang membuat pendedahan tersebut.
Tun Mahathir, pada ketika itu merupakan Pengerusi PPBM menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai dana UKSB.