Apa akan berlaku selepas 1 Julai 2022?

Alexander Nanta Linggi

Semalam, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selaku Menteri KPDNHEP mengumumkan beberapa perubahan akan berlaku bermula 1 Julai 2022.

Beliau memberitahu, subsidi minyak masak tulen, harga siling ayam dan telur ayam akan dimansuhkan bermula Julai 2022.



Apa akan berlaku selepas itu?

Pautan untuk memeriksa harga barang keperluan harian yang dikeluarkan FAMA

Adakah kerajaan sudah bersedia membantu rakyat terutama golongan B40 menghadapi kenaikan harga makanan asas serta barang keperluan lain?

KENYATAAN ALEXANDER NANTA LINGGI



Mekanisme apa yang Menteri KPDNHEP telah sediakan untuk menyokong perubahan harga kelak? Jika tidak ada jalan penyelesaian, adakah Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sudah bersedia untuk dikecam rakyat kerana GAGAL membantu rakyat ketika ekonomi negara masih belum kukuh?

Alexander sendiri tidak berani memberi jaminan harga barang keperluan tidak akan memberi impak kepada kos sara hidup rakyat selepas penghapusan subsidi serta harga siling yang disenaraikannya.

Walau beliau menyatakan kenaikan akan dipantau, ternyata ia boleh diibaratkan retorik.



Ini membebankan rakyat secara keseluruhan. Impak domino akan menguasai harga semua jenis barang keperluan dan tidak terhad hanya kepada yang telah beliau senaraikan.

Implikasi inflasi sudah mula menampakkan kesan terutama kepada pengguna dan turut memberi impak besar terhadap permintaan. Peniaga sudah mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian kerana rakyat sudah kehilangan kuasa membeli.

Sudahkah Kerajaan Keluarga Malaysia bersedia untuk menerima natijah sama seperti PH dan PN kerana GAGAL membantu rakyat?



Inilah akibatnya apabila sesebuah kerajaan tidak mempunyai kestabilan. Apa fungsi Majlis Pemulihan Negara jika hanya membawa kepada kerosakan ekonomi negara? 

Sewajarnya Perdana Menteri segera memikirkan strategi dan jalan penyelesaian menang-menang agar rakyat tidak menunjukkan kemarahan mereka melalui saluran lain.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading