Remaja perempuan tikam bayi selepas bersalin

Washington: Remaja perempuan berusia 18 tahun didakwa menikam mati bayi perempuannya yang baru dilahirkan.

Portal Newsweek melaporkan, remaja itu, Leiyla Cepeda menghadapi dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama, menurut Peguam Daerah Weld County.

Apabila polis menyerbu sebuah rumah di Nunn, Colorado, mereka mengetahui seorang bayi sudah dilahirkan.



Polis kemudiannya melihat apa yang kelihatan seperti kesan tikaman pada bayi yang mati itu, lapor stesen berita tempatan KMGH, memetik afidavit tangkapan.

Pegawai juga berkata, mereka menemui gunting di tempat kejadian.

Cepeda memberitahu polis, dia mula mengalami kekejangan dan kontraksi dan berjaya melahirkan bayi pada 1.30 pagi, Rabu lalu.

Menurut afidavit sama, Cepeda menafikan mencederakan anak itu dan mendakwa bayi itu tidak bergerak ketika dilahirkan.



Selain itu, remaja itu mendakwa muka bayinya itu, ketika dilahirkan, berwarna ungu, lapor KMGH.

Afidavit itu menyatakan, bedah siasat menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dilahirkan dan koroner menemui sebahagian besar luka tusukan pada dada, rusuk dan perut.

Koroner mendapati cara kematian bayi itu adalah akibat dibunuh.

Dalam kejadian berasingan pada Disember lalu, seorang ibu di New Jersey dituduh menikam mati anak perempuannya yang berusia lima bulan.



Pejabat pendakwa tempatan berkata, pisau dan bukti tambahan ditemukan di tempat kejadian.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading