Perkhidmatan percuma RapidKL selama sebulan

Kuala Lumpur: Perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL ditawarkan secara percuma kepada Keluarga Malaysia selama sebulan, mulai hari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu diharap dapat meringankan beban kos sara rakyat.



“Ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jadi perkhidmatan percuma semua pengangkutan kendalian RapidKL boleh membantu meringankan beban.

Pemberian perkhidmatan percuma ini diberikan selama sebulan mulai hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, di sini, hari ini.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading