Durian ‘Tuhan Kasi’ dibida RM1,100 sebiji

BAYAN LEPAS: Apabila disebut Musang King atau Duri Hitam, pasti ramai yang tahu ia adalah varieti kepada raja buah iaitu durian.

Namun tidak ramai yang sedar akan kewujudan satu varieti durian yang dinamakan ‘Tuhan Kasi’ yang berasal dari Sungai Ara, di sini, walaupun usianya sudah menjangkau lebih 100 tahun.

Malah, durian jenis itu yang dikatakan terkenal dalam kalangan penggemar durian sekitar Pulau Pinang dibida pembeli dengan harga RM1,100 sebiji sempena Pesta Durian Parlimen Bayan Baru yang sedang berlangsung di Jalan Servis Mayang Pasir di sini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, varieti durian premium itu diibaratkan seperti bagai permata yang belum digilap dan hanya kelompok ‘hantu durian’ yang tahu mencari buah dari jenis varieti ini.

Mengulas keistimewaan Tuhan Kasi , katanya warna buahnya cantik dan licin seperti kulit bayi, namun isinya tebal dan memiliki aroma yang cukup kaya.

“Rasa durian varieti ini pekat melikat, manis dan ada sedikit pahit dengan setiap pangsa hanya ada satu atau dua ulas.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button