Scha Elinnea Guna ‘Baby’ Dekat Set Penggambaran
Drama siri popular berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Teraju utama dalam drama ini adalah Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.
Bukan nak menggatal
Ketika ditemui OhBulan!, Hisyam mendedahkan cara dia mencipta keserasian bersama Scha. Menurut Hisyam, dia meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ ketika berada di set penggambaran.
Bagaimanapun, kata aktor berumur 37 tahun itu, kemesraan itu tidak dilakukan di luar malah isterinya, Rosmawati Hanafi memahami dengan cara kerjanya.
Saya sendiri yang suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’ ketika di set penggambaran. Sebab nak wujudkan keserasian, supaya bila penonton tengok, nampak natural panggilan itu.
Tapi panggilan itu bukan la sebab saya nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah… tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.
Lagipun isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma bila di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan tersebut.
Hisyam berkata demikian ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tak keterlaluan
Dalam pada itu, pelakon berasal daripada negara Singapura turut menjawab tentang babak-babak mesra yang dilakonkan bersama pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen.
Kata Hisyam, dia tahu batasan dan hanya melakukan mengikut kesesuaian.
Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.
Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.
Saya akan lakonkan babak ikut kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan.
Drama lakonan Hisyam dan Scha turut dibintangi oleh Silfeny Osman, Wanns Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan serta ramai lagi. Isteri Untuk Bidaan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 malam di TV3.
@hisyamhamid7