Sri Lanka mula tutup sekolah

Colombo: Sri Lanka mula menutup sekolah dan perkhidmatan kerajaan yang bukan keperluan, pada Isnin.

Ia adalah permulaan kepada penutupan dua minggu untuk mengekang rizab minyak yang pantas merosot.

Langkah itu diambil ketika negara itu memulakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk kemungkinan mendapatkan pakej penyelamatan.

Negara dengan 22 juta penduduk itu kini berdepan dengan krisis ekonomi terburuk selepas ketiadaan dana untuk menampung import barangan keperluan, termasuk petrol.

Pada Isnin, sekolah ditutup, namun hospital dan pelabuhan utama masih beroperasi.

Ratusan ribu pengguna beratur beberapa kilometer untuk mendapatkan bekalan petrol dan diesel, meskipun menteri tenaga sudah mengumumkan tiada bekalan untuk barangan itu untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga hari.

Negara itu tidak mampu membayar hutang asing yang berjumlah AS$51 bilion (kira-kira RM224 bilion) pada April lalu.

METRO

Leave a Reply