Mesyuarat ‘Top 5’ tanpa Ismail Sabri
Mesyuarat ‘Top 5’ Umno yang dijangkakan petang ini dikatakan menjadi ‘Top 4’ ekoran ketiadaan Naib Presiden, Dato Sri Ismail Sabri.
Difahamkan Ismail perlu menghadiri mesyuarat penting yang bertembung dengan jadual mesyuarat ‘Top 5’ Umno.
Mesyuarat Umno hari ini dijangkakan akan menetapkan tarikh untuk PRU15 diadakan.
Menurut sumber di PWTC, mesyuarat hari ini juga bakal mengumumkan lantikan baru Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Berita lanjut akan menyusul.