Lima cedera, bas ekspres langgar lori
Batu Pahat: Pemandu bas ekpres dan 14 penumpang terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 105 Lebuhraya Plus Pagoh-Yong Peng, hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 2.45 pagi.
“Bas ekpres dipandu lelaki berusia 24 tahun bersama 14 penumpang manakala lori dipandu lelaki berusia kira-kira 40-an membawa muatan barangan runcit.
“Siasatan awal mendapati bas ekpres berkenaan datang dari arah Pagoh menghala ke arah Yong Peng melanggar belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dibahu jalan.
“Akibat kemalangan itu kedua-dua pemandu kenderaan dan tiga penumpang bas mengalami kecederaan ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
METRO