489 mangsa banjir masih di PPS
Baling: Seramai 489 mangsa banjir masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada hari keempat selepas rumah mereka dilanda banjir kilat ekoran air dari Sungai Lata Celak melimpah ke penempatan mereka Isnin lalu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) masih dibuka sehingga keadaan kembali stabil dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Mangsa masih menginap di PPS kerana rumah mereka masih teruk dengan lumpur dan banyak barang yang rosak.
“Cuma mangsa balik waktu siang untuk membersih rumah dan kembali menginap waktu malam,” katanya.
Beliau berkata, PKOB terus beroperasi untuk menerima panggilan dan merekodkan data yang diterima daripada mangsa.
“Soal kebajikan termasuk makan minum dan kesihatan dijaga dengan baik dalam tempoh mereka berada di penempatan yang disediakan.
METRO
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.