UMNO anjur Korban Perdana di WTC
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Ibu pejabat Umno WTC KL menganjurkan program Korban Perdana di bangunan Umno hari ini.
Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan untuk program julung kalinya.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, program ini tercetus dari mesyuarat mingguan Umno.
Program ini melibatkan seramai 300 orang staff Umno, BN dan Putrade untuk menyembelih, melapah dan membahagikan daging korban.
Menurut Ahmad Maslan lagi, program seumpama ini dahulunya dibuat di ILMU dan kali ini buat pertama kalinya dibuat di Ibu Pejabat UMNO.
‘Melaka Move’ guna PH untuk usul undi tidak percaya