Polis Perlis perketat rondaan Di jalan tikus sekat penyeludupan ketum

KANGAR, 9 Mei — Polis memperketatkan rondaan di jalan tikus termasuk di ‘batas ban’ di Perlis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung kegiatan membawa masuk daun ketum ke negeri ini sebelum diseludup ke negara jiran.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata terdapat banyak jalan tikus di negeri ini difahamkan 49 di Kangar, 13 di Padang Besar dan lima di Arau, menyebabkan penyeludup mudah meloloskan diri.

“Penyeludup akan mengubah haluan menggunakan jalan tikus lain apabila ditahan dan kebanyakan mereka mengulangi kesalahan sama disebabkan mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai peningkatan rampasan daun ketum oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB.



Bernama sebelum ini melaporkan Batalion 18 PGA berjaya merampas sebanyak 8.4 tan daun ketum dianggarkan bernilai RM472,000 sepanjang Op COVID-19 SHIELD bagi tempoh 1 April hingga 1 Mei.

Terbaharu, Batalion 2 PGA yang mengambil alih operasi itu bermula 2 Mei lepas berjaya merampas lebih dua tan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM68,250 dalam masa empat hari penugasan.

Surina turut berharap masyarakat memainkan peranan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung jenayah itu dengan menyalurkan maklumat kepada polis.

— BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading