Oleksandr Zinchenko setuju sertai Arsenal
London: Oleksandr Zinchenko bersetuju dengan kontrak empat tahun untuk menyertai Arsenal dari Manchester City, menerusi rundingan bernilai £30 juta (RM159.64 juta) serta £2 juta (RM10.64 juta).
Sementara itu, City, berusaha mendapatkan pemain Brighton, s Marc Cucurella untuk menggantikannya.
Ketika ini, Zinchenko masih berada di kem latihan City di Houston, tetapi bersedia berpindah ke Stadium Emirates selepas memuktamadkan terma peribadi.
Dia bermain 128 perlawanan sepanjang enam musim bersama City dan memenangi sembilan gelaran utama.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa itu jarang bermain di posisi kegemaran apabila Pep Guardiola kerana menggunakannya sebagai bek kiri, berbanding di bahagian tengah.
Zinchenko adalah pemain keempat ditandatangani the Gunners selepas Matt Turner, Marquinhos dan bekas rakan sepasukannya di City, Gabriel Jesus.
City mengenalpasti Cucurella sebagai pengganti kepada Zinchenko, tetapi masih berunding dengan Brighton, yang meletakkan haraga sekitar £50 juta (RM266.06 juta) kepada pemain Sepanyol itu.
Pemain Stuttgart, Borna Sosa berada dalam senarai pilihan kepada Cucurella jika Brighton meminta bayaran tidak masuk akal kepada pemain Sepanyol itu.
City mahu mengekalkan penguasaan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.
Mereka memenangi empat daripada lima musim terakhir dan menguatkan pasukan dengan kehadiran Erling Haaland dan Kalvin Phillips.
Mereka akan memulakan kempen menentang West Ham di Stadium London pada 7 Ogos.
METRO