USIM beri subsidi pek menu bajet.

USIM beri subsidi pek menu bajet.

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini dapat menikmati makanan berharga RM5 pada harga RM3.50 selepas pihak universiti memberikan subsidi menerusi kerjasama dengan beberapa pihak.

Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (Prupel) USIM, Mohd Salehudin Sukor berkata, usaha berkenaan telah memberi manfaat kepada pelajar sejak dua minggu lalu dengan pelbagai variasi menu bajet.

“Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah bersetuju untuk memberikan subsidi berjumlah RM1.50 bagi setiap pek menu bajet yang berharga RM5 dan saya pasti ia dapat meringankan beban pelajar.

“Tidak jauh berbeza dengan konsep program Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, pengusaha kafe juga mendapat manfaat apabila Jabatan Bendahari USIM memberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun,” katanya.

Pada 4 Julai lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad mengumumkan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mewujudkan menu makanan berkualiti dengan kadar harga serendah RM3.50 bagi
setiap hidangan menerusi program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif berkata, program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia akan mula dilaksanakan di kampus universiti itu, selewat-lewatnya Jumaat ini.

“Kami (persatuan pelajar) mengambil masa lebih panjang untuk membuat penilaian. Setakat ini, sebanyak 17 buah kafe telah bersetuju untuk menyertai program Food Basket Siswa Keluarga Malaysia” kata nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button