Fernandes ‘bidas’ Ronaldo

LONDON: Bruno Fernandes dilihat seakan membidas penyerang yang mahu berhijrah, Cristiano Ronaldo – dengan mengatakan Manchester United lebih bagus tanpanya dalam pasukan.

Ikon berusia 37 tahun itu terlepas aksi pramusim di Australia kerana “sebab peribadi”.

Dan ia memberi laluan buat Anthony Martial mengambil peluang mencetuskan kembali kebangkitan di United.

Dia menjaringkan satu gol serta memberi bantuan ketika menang 3-1 mengatasi Crystal Palace malam tadi.

Fernandes memuji bintang Perancis itu dengan menyatakan pemain itu dan pasukan, lebih berkesan berbanding ketika Ronaldo beraksi.

Perancang berusia 27 tahun itu berkata: “Tiga pemain di depan (Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Martial) sangat agresif ketika memberi tekanan.

“Ketika mereka memberi tekanan, mereka membuatkan barisan terakhir mengecil dan itu membolehkan pemain tengah pergi jauh ke depan.”

Penyokong Red Devils turut memuji Martial di media sosial dengan penyerang itu kini mengumpul tiga gol daripada tiga perlawanan.

Seorang daripada mereka berkata: “Martial sedang hangat. Siapa perlukan Ronaldo?”

Seorang lagi membalas: “Sekarang Cristiano Ronaldo boleh tinggalkan pasukan….Martial sudah kembali.”

AGENSI

Leave a Reply