Polis belum rakam percakapan pemandu Hilux

Ipoh: Polis akan merakam percakapan pemandu wanita pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan lima sekeluarga maut di Kilometer (KM) 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu berusia 53 tahun itu ketika ini masih dirawat di Hospital Jeli Kelantan.

“Pemandu Toyota Hilux itu mengalami luka di dada dan paru-paru. Buat masa ini (dia) masih dirawat di hospital.



“Kita belum dapat lagi merakam percakapannya. Dalam masa terdekat kita akan mengambil rakaman percakapan apabila beliau pulih seperti biasa dan sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mior Faridalathrash berkata, dua penumpang dari kenderaan itu sudah dirakam percakapan.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang itu, lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut selepas MPV dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah Toyota Hilux.

Mereka sekeluarga yang maut dikenali Ahmad Khomaini Baba, 32; isterinya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; dan anak mereka, Zara Hana, 6.



Turut maut, bapa Siti Aishah, Mohd Rodhi Othman, 64; dan ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button