13 terbunuh, 35 cedera dalam kebakaran kelab malam di Thailand
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 35 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah Chonburi, Thailand hari ini, menurut pihak berkuasa.
Kolonel polis, Wuttipong Somjai, memaklumkan menerusi telefon bahawa kebakaran di kelab malam Mountain B di daerah Sattahip bermula sekitar jam 1 pagi tadi waktu tempatan dan kesemua mangsa adalah warga Thailand.
REUTERS