Apa konklusi kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Apa konklusi kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?



SPRM telah menyiapkan kertas siasatan atas Zeti, Tawfiq Ayman dan Nazlan Ghazali, namun apa konklusi dari semua itu?

Adakah hanya sekadar kertas siasatan dan diletakkan di atas meja atau akan dikaji untuk tindakan seterusnya?

Semalam, UMNO menerusi satu kenyataan media menggesa agar tindakan sewajarnya diambil apabila tular pula dokumen siasatan berkaitan penglibatan seorang individu dalam skandal 1MDB dan SRC.



“Satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut yang dikatakan telah menjadi tular pada waktu ini. Kertas tersebut mendakwa ada berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan.

“Memandangkan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC telah menolak permohonan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk memasukkan bukti dokumen bagi memeriksa percanggahan kepentingan Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan memandangkan kertas siasatan sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu.

“UMNO berpandangan pihak SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan terseut yang sudah tular,”



Apa konklusi kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?

Isu penglibatan beberapa nama ini turut diakui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi satu video perbualannya.

Semua mata termasuk dunia sedang memerhati perjalanan kes SRC dan 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak.

Ia turut melibatkan intergriti Institusi Kehakiman Negara yang dinilai oleh Pengamal Perundangan seluruh dunia.



Zeti “kunci utama” selesai kes SRC & 1MDB?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button