PN wajar dedah perjanjian sepenuhnya
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
PN (Perikatan Nasional) wajar dedahkan isi kandungan perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin sebelum mengambil alih jawatan tahun lepas.
Ini bagi membuktikan mereka (PN) adalah sebuah parti yang benar-benar telus dan memberi kerjasama penuh kepada Ismail Sabri sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Isu ini wajar didedahkan kepada umum selepas ‘tuntutan’ PN untuk jawatan TPM dianggap tidak relevan buat masa sekarang.
BACA – SURAT PERJANJIAN ISMAIL SABRI – MUHYIDDIN YASSIN
Pada Julai 2022, Marzuki Mohamad mengesahkan wujud perjanjian antara Ismail Sabri dengan Muhyiddin Yassin.
“(Salah) Satu fasal dalam perjanjian ini menyebut bahawa dokumen perjanjian tidak boleh diterbitkan atau dizahirkan dalam apa-apa bentuk.
“Ia hanya boleh disimpan untuk rujukan kedua-dua pihak,” – Marzuki Mohamad
Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menjawap mengenai tuntutan PN untuk jawatan TPM.
“Saya dah ada empat menteri kanan yang membantu saya. Maknanya, seolah-olah ada empat timbalan perdana menteri. Seolah-olah saja walaupun tidak. Benda (kemudahan) yang diperolehi hampir sama – ada ‘rider’ (pengiring berkenderaan), ada ‘bodyguard (pengawal peribadi), macam-macam lah. Lebih kurang TPM. – Ismail Sabri Yaakob
Inilah masa paling sesuai untuk PN menyatakan pendirian mereka terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia selepas MoU dengan pihak pembangkang tidak lagi disambung selepas 31 Julai 2022.
PN DAN PH BERGABUNG BENTUK ‘PERIKATAN HARAPAN’?
Perlu diingat, Pakatan Harapan pernah menggelarkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional sebagai ‘Kerajaan Tebuk Atap’, namun akhirnya mereka sendiri mengakui perlu sebuah kerjasama dalam ertikata ‘khemah besar’ jika mahu menang PRU15 kelak.
PN sendiri semakin tidak selesa dengan kebangkitan Umno/BN sepanjang 2018-2022, jadi amat wajar mereka memikirkan survival politik mereka menjelang PRU15.
Desas-desus serta cakap-cakap politik menyatakan tidak mustahil PN akan kembali bergabung dengan PH hanya untuk menjatuhkan BN dan memastikan parti itu tidak mampu lagi bangkit dari kekalahan.
Jika gabungan ‘khemah besar’ ini berlaku, tidak mustahil ‘PERIKATAN HARAPAN’ mampu mendapat lebih 2/3 sokongan pengundi dan ini akan memastikan BN kekal di kerusi pembangkang untuk satu tempoh yang lebih lama dari PRU14.