Mayat pemuda lemas ditemui, ada kecederaan di kepala.

LUBOK ANTU: Mayat seorang pemuda berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang selepas disyaki lemas semasa mandi di Sungai Nanga Entalau pada petang Isnin lalu, ditemui pagi tadi dengan kesan luka di kepala.
Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi mengesahkan perkara itu selepas operasi SAR hari kedua (hari ini) menjejak mangsa, Tay Xin Wei berhasil.
“Mayat dijumpai dalam keadaan terapung di hilir kawasan rumah panjang dalam jarak satu kilometer dari tempat mangsa dikhuatiri lemas.
“Bagaimanapun, pasukan SAR mendapati ada kesan luka di kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jelasnya, bomba mengangkat mayat ke dalam perahu dan seterusnya dibawa ke pangkalan rumah panjang untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut.
Terdahulu pada 6.26 petang Isnin, kehilangan Xin Wei dilaporkan oleh majikannya, Charles Chok Sau Shin di Balai Polis Sri Aman.
Dalam laporannya, beliau mendakwa dimaklumkan tentang insiden oleh salah seorang pekerjanya yang melihat Xin Wei lemas semasa mandi di sungai.
Ketika hilang, mangsa difahamkan tidak berbaju dan menggunakan seluar panjang berwarna hitam.

Suara Sarawak


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading