Wai Ching cemerlang `tawan’ Menara Zagreb

KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, semalam, bagi melengkapkan usaha untuk cubaan muncul juara berganda pada Kejohanan Larian Menara Eropah.

Atlet berusia 28 tahun itu menampilkan larian cemerlang apabila mengungguli kategori keseluruhan Cabaran Menara Zagreb ( Zagrepcanka 512) dengan mendaki 490 anak tangga dan 25 tingkat (ketinggian 83.3 meter) menerusi catatan masa dua minit 38 saat.

Bagaimanapun, beliau ketinggalan hanya empat saat untuk memperbaharui rekod 2:34s.



Pelari tuan rumah, Kristian Rubinic di tempat kedua dengan catatan 2:55s manakala rakan senegara, Danijel Pecek di tangga ketiga dengan masa 2:58s.

Pada 29 Ogos lalu, Wai Ching mempertahankan kejuaraan Kolnturm Treppenlauf (Cologne Towerrun) dengan rekod baharu serta menjuarai kategori keseluruhan Kejohanan Larian Menara Jerman (Cabaran Menara Cologne) dengan mendaki 714 anak tangga di bangunan 39 tingkat dalam masa 3:17s.

– BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button