James sambung kontrak lima tahun dengan Chelsea
London: Pemain pertahanan Chelsea dan England, Reece James menandatangani kontrak baharu lima tahun yang membolehkan dia berada di Stamford Bridge sehingga 2027, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.
Bek kanan berusia 22 tahun itu membuat 128 penampilan bersama the Blues selepas dilahirkan daripada akademi mereka.
“Saya umpama berada melepasi bulan dengan kontrak baharu ini dan berterima kasih kepada penyokong, pengurusan baharu dan semua yang terbabit di kelab ini,” kata James menerusi laman web Chelsea.
“Saya tidak sabar menunggu masa depan dan saya pasti kami berpeluang memenangi lebih banyak trofi.
“Saya membesar dengan menyokong kelab ini dan berada di sini sejak berusia enam tahun. Saya menandatangani kontrak baharu kerana ini kelab yang saya mahukan. Kami memiliki masa depan yang cerah.”
Pengerusi Chelsea, Todd Boehly berkata: “Kami teruja untuk memberi kontrak baharu jangka panjang kepada Reece di Chelsea. Dia pemain yang hebat dan benar-benar lelaki sejati Chelsea.”
METRO