Dinamo rosakkan penampilan pertama Aubameyang

ZAGRED: Thomas Tuchel mengakui Chelsea “tiada semuanya” selepas Dinamo Zagreb merosakkan penampilan pertama Pierre-Emerick Aubameyang dengan kemenangan mengejut 1-0 dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Skuad kendalian Tuchel dijangka akan mara dari Kumpulan E selepas diundi bersama Dinamo, Red Bull Salzburg dan AC Milan.

Namun cabaran Chelsea tampak bukanlah mudah selepas gol babak pertama Mislav Orsic menghukum Blues yang goyah pada perlawanan pembukaan di Zagreb itu.



Menghabiskan wang yang besar untuk membeli pemain sejak penamat musim lalu, Tuchel kini berdepan tekanan untuk mendapatkan kejuaraan.

Pelaburan Chelsea tampak belum memberi pulangan tanpa sebarang persembahan baik dalam Liga Perdana dan kini merasai tiga kekalahan di tempat lawan dalam semua kejohanan.

“Ia persembahan yang buruk dari kami. Seperti biasa kami ada cerita yang sama. Kami bermula dengan OK, tapi kami tidak menyudahkan peluang,” kata Tuchel.

“Kami tidak merasainya apabila berpeluang untuk melakukannya pada 20 minit pertama. Kemudian kami melepaskan satu serangan balas pantas, yang sangat mudah, dan dari sana kami bergelut.”



Ia penampilan pertama yang mahu dilupakan Aubameyang, yang menyertai Chelsea pada hari terakhir dari Barcelona hanya beberapa bulan selepas menamatkan karier di Arsenal.

Pemain berusia 33 tahun itu hanya bermain lapan minit musim ini dan berlatih bersama Chelsea pertama kali Ahad lalu.

Aubameyang sebelum ini mengalami retak di rahang ketika insiden rompakan di rumahnya.

Ia memaksa penyerang Gabon itu terbang ke Itali untuk membuat pelitup muka khas minggu lalu.



Sama ada ia disebabkan pelitup muka itu atau tidak biasa dengan rakan sepasukan baharunya, Aubameyang tampak tidak selesa dan bergelut bagi melepasi pertahanan juara Croatia itu.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button